“kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh, orang yang berhasil adalah orang yang mampu melewati seribu kegagalan, sukses tidak datang dari apa yang diberikan oleh orang lain, tapi datang dari keyakinan dan kerja keras kita sendiri, guru terbaik adalah kesalahan terakhir yang kita lakukan”

“Kita selalu lupa jalan pulang, dari mana kita datang,
dimana kita sekarang, kemana kita akan pergi, mengambil yang sementara meninggal yang
kekal, hidup adalah persinggahan dalam menuju ke distinasi yang kekal abadi”

Selasa, 1 Oktober 2013

Menjadi Ushawan Bab 6


1.   KURANG ILMU

Antara ilmu yang perlu dilengkapi pada diri seorang usahawan ialah:

a.   Ilmu tentang perniagaan

b.   Ilmu tentang kemanusiaan

c.    Ilmu tentang kehidupan

d.   Ilmu tentang keakhiratan

Ilimu adalah sesuatu yang perlu dimiliki sepanjang, rusullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“tuntulah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”

Ilmu perniagaan sendiri sentiasa berkembang dan berubah mengikut iklim dunia perdagangan, telekomunikasi, globalisasi dan tamadun manusia. Bagi umat Islam, aktiviti perniagaan hanyalah jambatan yang merentasi alam maya ini untuk menuju ke alam akhirat


2.   SILAP KAWAN

Ramai usahawan terjerumus ke alam kegagalan kerana kawan. Sepatutnya kawan menyokong usaha kita, jika tidak pun membantu, tetapi jika sokong pun tidak, malah menjatuhkan kita, maka bolehlah dikatakan:

“ harapkan sokong, sokong membawa rebah “

Oleh sebab itu, menenentukan lingkungan kawan sangat mustahak. Kawan membantu


3.   JIWA RAPUH

Jiwa yang rapuh mudah patah semangat

Sebab Jiwa Rapuh

ü  Penyakit Kronik

ü  Tekanan

ü  Tiada sokongan ahli keluarga terdekat

ü  Hilang keyakinan diri

ü  Perniagaan merosot

ü  Kehilangan orang yang disayangai






4. NAK CEPAT KAYA

Inilah sifat orang yang tamak. Pantun Melayu menyebutkan

Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang,
Orang tamak selalu rugi,
Macam anjing dengan bayang-bayang.

Berapa ramai usahawan yang mengeluarkan simpanan mereka, malah ada yang mengeluarkan wang KWSP untuk melabur dengan Skim Cepat Kaya yang berselindung di sebalik pelbagai nama dan akhirnya kerugian besar, tahukah anda sebuah negara di Eropah pernah jatuh muflis kerana bank negaranya membuat pelaburan di dalam skim cepat kaya tajaan sebuah negara besar. Siapa yang mengaut wang sejumlah yang besar ini ?.mereka ialah pengajur skim cepat kaya itu sendiri di internet.



5. ADA SIFAT IRI HATI

Sifat iri hati ialah sifat mazmumah yang merosakkan diri sendiri. Iri hati boleh menyebabkan persaingan yang tidak sihat, berlaku boikot-memboikot. Mengadu domba, black mail, berpuak-puak dan tidak bersatu hati.
Kalau ada persatuan akan pecah, konsortium perniagaan tidak akan berfungsi. Kekuatan strategi perniagaan tidak dapat dipertahankan. Akhirnya semua perniagaan akan rugi.


Sabtu, 28 September 2013

Menjadi Usahawan Bab 5

Punca Masalah Usahawan Siri Pertama
 
Sepertimana yang telah kita sedia maklum dan faham bahawa Rusullah s.a.w berada bermaksud

 
Maknanya 9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan atau keusahawan, tetapi kenapa kita melihat ramai juga usahawan yang tidak berjaya
 
 
1.   INGKAR
Iaitu ingkar perintah ALLah, ingkar nasihat pasangan, nasihat orang tua-tua, nasihat orang yang lebih berpengalaman. Ini merupakan masalah utama . muhasabah diri, nilai diri masing-masing , adakah anda menghadapi masalah ini? Jika tidak, apa pun petua yang akan dikemukakan nanti langsung tidak ada kesan, KALAU KITA MASIH INGKAR TERHADAP PERINTAH ALLAH.

2.   JAHIL

 
Jahil maksudnya, tidak ada ilmu dalam selok-belok perniagaan, tidak tahu teknik dan kaedah berniaga, tidak mahu berlajar, tidak bertanya, tidak mahu berbincang dan tidak mahu mengikuti jejak langkah orang yang telah berjaya dalam perniagaan. Maksudnya, walaupun sedar kita tidak tahu tapi masih tidak bertanya dan tidak mahu belajar.

3.   BODOH SOMBONG

 

Orang yang bodoh sombong lebih teruk daripada orang jahil. Bukan sahaja tak mahu bertanya, malah apabila ditegur atau apabila orang lain memberi pandangan, dia marah, kecil hati, ambil hati dan sombong, tak mahu menerima pandangan orang lain, walaupun pandangan itu elok untuk dirinya

4.   TIDAK BERAMAL DENGAN ILMU

 
Ada orang yang sudah mendengar nasihat atau sudah ada ilmu tetapi masih lagi tidak beramal dengan pengetahuan itu. Kalau beramal pun masih tidak istiqamah ( tetap, berterusan )

5.   MATLAMAT TIDAK MURNI

Ada orang melangkah  masuk ke dunia perniagaan dengan hasrat yang tidak murni. Antaranya

*     Merancang untuk menipu

*     Membalas dendam kepada pensaing

*     Membelanjakan modal atau pelaburan yang diamanahkan.

*     Mengambil kesempatan atas kelemahan dan kemiskinan orang lain.

*     Membolot kekayaan sendiri

*     Menapat faedah dan manfaat diri sendiri

*     Menjadikan perniagaan hanya sebagai batu loncatan

*     Menyalahgunakan kemudahan dan geran daripada kerajaan

*     Menindas golongan lemah dan teraniaya

6.   MATLAMAT TIDAK JELAS

Ada pula orang yang memasuki dunia perniagaan dengan matlamat yang samar-samar. Dia tidak jelas dengan skop yang diperniagakan. Kecintaannya bukan pada perniagaan. Orang begini selalunya:

*     Berniaga kerana terpaksa

*     Mewarisi perniagaan keluarga, bukan perniagaan sendiri

*     Membantu perniagaan suami atau isteri separuh hati

*     Bekerja untuk gaji semata-mata

*     Lemah minda dan tidak mampu mengikuti perkembangan perniagaan kontemporari

*     Tidak mampu membakar semangat diri sendiri

 





Menjadi Usahawan Bab 4


"Bila kita berbisnes, bos kita adalah Allah S.W.T. Jaga hubungan dengan Allah, In shaa Allah segala kesulitan itu akan menjadi mudah dan kita tak kan mudah berputus asa"

 "Jadilah usahawan yang beriman, berusaha dan berjaya!!!"

 "Untuk menjadi usahawan, kita perlu fikir apa yang kita boleh beri" -Prof Muhaya"

 
Seperti mana yang kita ketahui, Nabi s.a.w. ada bersabda "9/10 pintu rezeki itu datangnya dari perniagaan". Namun mengapa ramai orang hari ini yang berniaga atau berbiznes kenapa mereka tidak HEBAT?

 
Langkah Bijak Usahawan Terbilang

1)    Mesti faham tentang erti kejayaan.

Apakah kejayaan bermakna pada diri kita? Adakah sales yang berjuta2 atau untung berlipat kali ganda? Ingat setiap kejayaan mestilah ada matlamat, dan setiap matlamat mestilah ada tindakan. Untuk mencapai kejayaan kita mestilah pasang niat contoh
 
"Ya Allah ya Tuhanku jadikan aku usahawan jutawan menjelang tahun 2013"


 2)    Untuk berjaya mesti ada pengorbanan yang sewajarnya. 

Tiada kejayaan yang datang bergolek, melayang or memipih.  Apakah pengorbanan yang anda sanggup lakukan? Korban masa, korban tenaga, wang ringgit, ilmu etc. Tanpa pengorbanan anda tak mungkin akan kecapi kejayaan.

3) Yakini diri sendiri.
   
Meyakini diri sendiri yang kita boleh melakukannya, yakin dengan apa yang kita targetkan dan disiplinkan diri. 
 
4) Set a daily target. 
   
Focus tiap2 hari, jika tiap2 hari anda cemerlang, tiap2 minggu anda akan cemerlang, tiap2 bulan akan cemerlang dan tiap2 tahun akan cemerlang. Focus on a daily target!
 
Ya Allah ya Tuhanku jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, jika aku mati hari ini matikan aku dalam iman- Doa tiap2 pagi macam ni.
 
5) Ramai orang mudah patah semangat.
 
Kita haruslah urus emosi kita dan minda untuk mengawal tindakan. Jika jumpa client pertama kena tolak, client ke-2 kene tolak, ke-3, ke 4 dan ke 5 kena tolak in the end kita berputus asa "Aku ni memang muka sweyy la... orang tgk muka aku pun 20sen" huhu. Kalau mcm ni la cara kita berfikir, tak tau la macam mana...

 "Orang lain bolela.. tak tau malu" or "Dia cina memang la bolee" hah!!!
takde kene mengena bangsa ke ape. Ingat orang lain buat duit, kita sibuk beri ALASAN!
Ingat!Uruskan hati dan semangat, bulatkan hati, bersangka baik terhadap Allah kerana Allah tidak akan menzalimi hambanya!

6) Pecahkan kitaran Negative.

Ubahkan tindakan2 kita, pecahkan kitaran negative. Jika kita gunakan cara yang sama dan asyik2 menerima rejection kita sepatutnya menggunakan alternative lain. Nabi berkata " Sebodoh2 manusia, manusia yang di patuk oleh ular yang sama di lubang yang sama berulang2 kali"
Dah terang2 kalau kita ikut the same route, and end up failure so nape nak ikut jalan yang sama lagi?

7) Jangan takut melakukan kesilapan dan belajarlah dari kesilapan!

Kesilapan adalah asam garam hidup, dalam hidup ini mesti ada melakukan kesilapan.  Kita lagi banyak belajar dari kesilapan dari kejayaan. Jika kita buat sekali terus 
berjaya, kita tak banyak pelajari. Jika kita sesat jalan, kita akan tukar route kita supaya tak tersilap jalan or tukar laluan alternatif yang lain..

8) Sebelum kita nak jual sesuatu barang, kita perlu "jual" diri kita dulu.

Penampilan kita macam mana, barang kita macam mana, packaging, price and such, cara kita bercakap macam mana etc. Upgrade diri, maniskan muka, yakinkan percakapan. Baru orang yakin.

9) Jangan segan2 bagi name card, jangan kedekut!

Mengikut kajian kita perlu bagi 5 kali name card pada potential client, jadi orang mudah ingat kita.

10)  Jadikan semua orang sama hebat macam anda!

 Pekerja, downlines, pembantu etc.Duplicate macam anda, committed dan sungguh2.

 11) Dorong dan motivasikan orang disekeliling kita 
      including family.

Kebiasaannya suami atau isteri tidak paham tentang nature kerja kita. So kita perlu naikkan semangat supaya dia pun sama2 naik syeikh macam kita jugak!

12) Orang yang nak berjaya, kena campur gaul dengan orang2 yang telah berjaya. Ikuti jejak langkah mereka. 

Tanam cita2 semangat dan iltizam utk jadi seperti mereka.Contoh idola saya ialah CPM Honey Nurhaliza..

 13) Rajin berkomunikasi dengan orang lain.

 Mulut mesti peramah, kalau tak boleh nak cakap sms or email or chat. Macam2 cara sekarang ni nak atau tak je.

14) Sentiasa bercakap tentang apa yang anda jual dan jangan malu2.

"Saya jual product ni, dengar kabarnye ok leerrr... "kalau orang dengar camni orang lain pun tak yakin. Kita mesti yakin seyakin2 nya product kita adalah yang terbaik!

15) Untuk berjaya, kita mestilah ada ILMU.Tanpa ilmu kita takkan ke mana2. 

contoh kita nak jadi engineer, kita ambil masa 5 tahun untuk perolehi ijazah kejuruteraan, nak jadi doctor 7 tahun etc.Maka kita seharusnya meluangkan masa
kurang2 sekali atau dua kali seminggu untuk membaca atau menghadiri seminar2 keusahawanan.


16) Jangan salahkan orang lain!

Bila kita gagal melakukan sesuatu perkara kita mula menyalahkan orang di sekeliling kita, salah barang yang dijual, salah company tu, salah pemimpin pendek kata salah semua orang lah. Salah sendiri tak tau pulak? Macam cerita bangau o bangau pulak.
Ingat biznes ini ialah biznes kita, kita x boleh menunding jari pada mana2 pihak. No matter what happens or how bad u want it to be, kita yang harus lakukannya!!


17) Kena beristiqamah dalam apa jua bidang sekali pun

jika kita nak berjaya takde yang on and off. or touch n go. Mesti berjuang sehingga ke titisan yang terakhir. Kadang2 Allah menguji kita sejauh mana kita bertahan. Sabar.. sabar..sabar sahaja. Yang penting lakukan yang terbaik!! Usaha mesti sungguh2.
 
Peluang selalu ada, tapi kita yang tak pandai nak rebut peluang untuk ubah cara hidup dan cara pemikiran.