“kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh, orang yang berhasil adalah orang yang mampu melewati seribu kegagalan, sukses tidak datang dari apa yang diberikan oleh orang lain, tapi datang dari keyakinan dan kerja keras kita sendiri, guru terbaik adalah kesalahan terakhir yang kita lakukan”

“Kita selalu lupa jalan pulang, dari mana kita datang,
dimana kita sekarang, kemana kita akan pergi, mengambil yang sementara meninggal yang
kekal, hidup adalah persinggahan dalam menuju ke distinasi yang kekal abadi”

Selasa, 1 Oktober 2013

Menjadi Ushawan Bab 6


1.   KURANG ILMU

Antara ilmu yang perlu dilengkapi pada diri seorang usahawan ialah:

a.   Ilmu tentang perniagaan

b.   Ilmu tentang kemanusiaan

c.    Ilmu tentang kehidupan

d.   Ilmu tentang keakhiratan

Ilimu adalah sesuatu yang perlu dimiliki sepanjang, rusullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“tuntulah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”

Ilmu perniagaan sendiri sentiasa berkembang dan berubah mengikut iklim dunia perdagangan, telekomunikasi, globalisasi dan tamadun manusia. Bagi umat Islam, aktiviti perniagaan hanyalah jambatan yang merentasi alam maya ini untuk menuju ke alam akhirat


2.   SILAP KAWAN

Ramai usahawan terjerumus ke alam kegagalan kerana kawan. Sepatutnya kawan menyokong usaha kita, jika tidak pun membantu, tetapi jika sokong pun tidak, malah menjatuhkan kita, maka bolehlah dikatakan:

“ harapkan sokong, sokong membawa rebah “

Oleh sebab itu, menenentukan lingkungan kawan sangat mustahak. Kawan membantu


3.   JIWA RAPUH

Jiwa yang rapuh mudah patah semangat

Sebab Jiwa Rapuh

ü  Penyakit Kronik

ü  Tekanan

ü  Tiada sokongan ahli keluarga terdekat

ü  Hilang keyakinan diri

ü  Perniagaan merosot

ü  Kehilangan orang yang disayangai






4. NAK CEPAT KAYA

Inilah sifat orang yang tamak. Pantun Melayu menyebutkan

Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang,
Orang tamak selalu rugi,
Macam anjing dengan bayang-bayang.

Berapa ramai usahawan yang mengeluarkan simpanan mereka, malah ada yang mengeluarkan wang KWSP untuk melabur dengan Skim Cepat Kaya yang berselindung di sebalik pelbagai nama dan akhirnya kerugian besar, tahukah anda sebuah negara di Eropah pernah jatuh muflis kerana bank negaranya membuat pelaburan di dalam skim cepat kaya tajaan sebuah negara besar. Siapa yang mengaut wang sejumlah yang besar ini ?.mereka ialah pengajur skim cepat kaya itu sendiri di internet.



5. ADA SIFAT IRI HATI

Sifat iri hati ialah sifat mazmumah yang merosakkan diri sendiri. Iri hati boleh menyebabkan persaingan yang tidak sihat, berlaku boikot-memboikot. Mengadu domba, black mail, berpuak-puak dan tidak bersatu hati.
Kalau ada persatuan akan pecah, konsortium perniagaan tidak akan berfungsi. Kekuatan strategi perniagaan tidak dapat dipertahankan. Akhirnya semua perniagaan akan rugi.