Sepertimana yang telah kita sedia maklum dan faham bahawa Rusullah s.a.w berada bermaksud
Maknanya 9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan atau keusahawan, tetapi kenapa kita melihat ramai juga usahawan yang tidak berjaya
1. INGKAR
Iaitu ingkar perintah ALLah, ingkar nasihat pasangan,
nasihat orang tua-tua, nasihat orang yang lebih berpengalaman. Ini merupakan
masalah utama . muhasabah diri, nilai diri masing-masing , adakah anda
menghadapi masalah ini? Jika tidak, apa pun petua yang akan dikemukakan nanti
langsung tidak ada kesan, KALAU KITA MASIH INGKAR TERHADAP PERINTAH ALLAH.
2. JAHIL
Jahil maksudnya, tidak ada ilmu dalam selok-belok
perniagaan, tidak tahu teknik dan kaedah berniaga, tidak mahu berlajar, tidak
bertanya, tidak mahu berbincang dan tidak mahu mengikuti jejak langkah orang
yang telah berjaya dalam perniagaan. Maksudnya, walaupun sedar kita tidak tahu
tapi masih tidak bertanya dan tidak mahu belajar.
3. BODOH
SOMBONG
Orang yang bodoh sombong lebih teruk daripada orang
jahil. Bukan sahaja tak mahu bertanya, malah apabila ditegur atau apabila orang
lain memberi pandangan, dia marah, kecil hati, ambil hati dan sombong, tak mahu
menerima pandangan orang lain, walaupun pandangan itu elok untuk dirinya
4. TIDAK
BERAMAL DENGAN ILMU
Ada orang yang sudah mendengar nasihat atau sudah ada
ilmu tetapi masih lagi tidak beramal dengan pengetahuan itu. Kalau beramal pun
masih tidak istiqamah ( tetap, berterusan )
5. MATLAMAT
TIDAK MURNI
Ada orang melangkah
masuk ke dunia perniagaan dengan hasrat yang tidak murni. Antaranya









6. MATLAMAT
TIDAK JELAS
Ada pula orang yang memasuki dunia perniagaan dengan
matlamat yang samar-samar. Dia tidak jelas dengan skop yang diperniagakan.
Kecintaannya bukan pada perniagaan. Orang begini selalunya:






Tiada ulasan:
Catat Ulasan