Golongan usahawan atau perniagaan adalah golongan yang banyak mencorak struktur perkembangan ekonomi dan perdagangan sesebuah negara atau kelompok masyarakat, mereka dilihat golongan yang kaya, mewah dan mempunyai banyak wang, kuasa wang memungkinkan pelbagai aktiviti berjalan rancak. Dengan wang segala-galanya boleh dilakukan.
Perniagaan merupakan salah satu cabang untuk menjana pendapatan dan ekonomi harian tidak kira bagi pihak individu atau berkumpulan. Malah, dalam Islam sendiri telah menyatakan bahawa perniagaan adalah 9/10 daripada pintu rezeki. Sedikit sebanyak hal ini telah menggambarkan bahawa perniagaan boleh menjadi satu peluang kepada kita untuk mencari rezeki.
Yang penting, perlu ada modal dan usaha untuk mengembangkan perniagaan. Akan tetapi, perlu diingat bahawa perniagaan bukan mahu mengejar keuntungan semata-mata kerana dalam perniagaan kerugian juga menjadi satu lumrah.
Islam sendiri ada menggariskan tujuan perniagaan mengikut perspektif Islam iaitu untuk memperbesar dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Oleh itu, dalam perniagaan, kita perlulah senantiasa mencari keredhaan ALLAH SWT iaitu dengan cara menetapkan niat yang betul serta menjalankan perniagaan dengan sebaik-baiknya.
Selain itu, dalam perniagaan juga, ada etika yang perlu dipatuhi. Tujuan etika perniagaan tidak lain tidak bukan untuk memastikan para peniaga Muslim khususnya, menghindarkan sifat-sifat yang keji lantas sentiasa mengamalkan sifat-sifat terpuji sepanjang menguruskan perniagaan.
Usahawan adalah individu atau kumpulan individu yang terlibat:
1. Mengilang ( mengeluar atau membuat barang atau perkhidmatan).
2. Menjual
3. Berdagang
Usahawan juga ialah individu yang memobilisasikan modal, mengguna pakai sumber asli, mewujudkan pasaran dan menjalankan perniagaan. Ia menggabungkan sifat manusia yang ingin maju, berketerampilan, memiliki kebolehan luar biasa dan ada dorongan untuk menterjemahkan sumber dan peluang kepada aktiviti yang membawa keuntungan.
Seseorang usahawan tidak dilahirkan semula jadi. Maknanya anak seorang usahawan tidak semestinya menjadi usahawan juga, sebaliknya usahawan bukanlah seorang yang boleh dicipta sekelip mata.
Seorang usahawan boleh dibentuk, dimotivasikan dan ditanam minat untuk memulakan perniagaan. Sesungguhnya setiap individu mempunyai potensi tertentu yang boleh dikenal pasti, dicungkil dan dikembangkan melalui program latihan hingga menjadi seorang usahawan.
Usahawan adalah individu atau kumpulan individu yang terlibat:
1. Mengilang ( mengeluar atau membuat barang atau perkhidmatan).
2. Menjual
3. Berdagang
Usahawan juga ialah individu yang memobilisasikan modal, mengguna pakai sumber asli, mewujudkan pasaran dan menjalankan perniagaan. Ia menggabungkan sifat manusia yang ingin maju, berketerampilan, memiliki kebolehan luar biasa dan ada dorongan untuk menterjemahkan sumber dan peluang kepada aktiviti yang membawa keuntungan.
Seseorang usahawan tidak dilahirkan semula jadi. Maknanya anak seorang usahawan tidak semestinya menjadi usahawan juga, sebaliknya usahawan bukanlah seorang yang boleh dicipta sekelip mata.
Seorang usahawan boleh dibentuk, dimotivasikan dan ditanam minat untuk memulakan perniagaan. Sesungguhnya setiap individu mempunyai potensi tertentu yang boleh dikenal pasti, dicungkil dan dikembangkan melalui program latihan hingga menjadi seorang usahawan.
Peluang Perniagaan
Setiap perniagaan bermula dengan peluang yang boleh didapati serta kesempatan untuk dimajukan. Faktor persetikaran harus menjadi tanda arah kepada perniagaan yang akan diceburi, antaranya
1. Tahap persaingan
2. Suasana ekonomi
3. Sosio budaya
4. Politik
5. Teknologi
6. Undang-undang
Peluang dalam pasaran ialah apabila masih terdapat ruang atau kesempatan untuk menawarkan barangan yang boleh memenuhi permintaan dan cita rasa pelanggan.
Pengaruh Persekitaran Atas Peluang Perniagaan
Apabila memulakan perniagaan khususnya disesuatu penempatan atau lokaliti, maka factor setempat memainkan peranan penting iaitu:
1. Struktur dan komposisi penduduk, perlu diambil kira budaya atau gaya hidup masyarakat setempat selalunya keturunan, bangsa dan agama juga memain peranan yang penting dalam menentukan pengaruh kepada produk yang hendak ditawarkan
2. Purata pendapatan penduduk biasanya merujuk kepada kuasa membeli, daerah dan persetikaran setempat menjadi tanda aras kepada tahap kemampuan berbelanja.
3. Cita rasa penduduk, berkait rapat dengan taraf kehidupan, pendidikan dan kesedaran nilai sesuatu produk.
4. Sumber tempatan
5. Rangkaian industri dan industry sokongan
6. Rancangan pembangungan kerajaan dan swasta sebagai contoh pembinaan komplek kerajaan, sekolah atau perumahan.
7. Masalah sosial masyarakat setempat juga mesti dikaji.
8. Mengkaji nilai masyarakat sama ada bertentangan atau tidak dengan nilai dan tuntutan agama masyarakat setempat.
9. Undang-undang dan peraturan majlis Tempatan atau Perbandaran
Nilai Dan Kelebihan Diri Untuk Bersaing
Bakal usahawan harus membuat muhasah diri berbanding pesaing-pesaing mereka, kaji kelebihan dan kekurangan diri dan pesaing dari segi:
1. Pengalaman
2. Pengetahuan dan kelulusan
3. Kemahiran
4. Kekuatan kewangan terutama untuk modal permulaan
5. Minat
6. Jaringan hubungan tempatan dan luar
"Bila kita berbisnes, bos kita adalah Allah S.W.T. Jaga hubungan dengan Allah, In shaa Allah segala kesulitan itu akan menjadi mudah dan kita tak kan mudah berputus asa"
"Jadilah usahawan yang beriman, berusaha
dan berjaya!!!"
"Untuk menjadi usahawan, kita perlu fikir apa yang kita boleh beri" -Prof Muhaya"
Seperti mana yang kita ketahui, Nabi s.a.w. ada bersabda "9/10 pintu rezeki itu datangnya dari perniagaan". Namun mengapa ramai orang hari ini yang berniaga atau berbiznes kenapa mereka tidak HEBAT?
Langkah Bijak Usahawan Terbilang
1) Mesti faham tentang erti kejayaan.
Apakah kejayaan bermakna pada diri kita? Adakah sales yang berjuta2 atau untung berlipat kali ganda? Ingat setiap kejayaan mestilah ada matlamat, dan setiap matlamat mestilah ada tindakan. Untuk mencapai kejayaan kita mestilah pasang niat contoh
"Ya Allah ya Tuhanku jadikan aku usahawan jutawan menjelang tahun 2013"
2) Untuk berjaya mesti ada pengorbanan yang sewajarnya.
Tiada kejayaan yang datang bergolek, melayang or memipih. Apakah pengorbanan yang anda sanggup lakukan? Korban masa, korban tenaga, wang ringgit, ilmu etc. Tanpa pengorbanan anda tak mungkin akan kecapi kejayaan.
3) Yakini diri sendiri.
Meyakini diri sendiri yang kita boleh melakukannya, yakin dengan apa yang kita targetkan dan disiplinkan diri.
4) Set a daily target.
Focus tiap2 hari, jika tiap2 hari anda cemerlang, tiap2 minggu anda akan cemerlang, tiap2 bulan akan cemerlang dan tiap2 tahun akan cemerlang. Focus on a daily target!
Ya Allah ya Tuhanku jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, jika aku mati hari ini matikan aku dalam iman- Doa tiap2 pagi macam ni.
5) Ramai orang mudah patah semangat.
Kita haruslah urus emosi kita dan minda untuk mengawal tindakan. Jika jumpa client pertama kena tolak, client ke-2 kene tolak, ke-3, ke 4 dan ke 5 kena tolak in the end kita berputus asa "Aku ni memang muka sweyy la... orang tgk muka aku pun 20sen" huhu. Kalau mcm ni la cara kita berfikir, tak tau la macam mana...
"Orang lain bolela.. tak tau malu" or "Dia cina memang la bolee" hah!!!
takde kene mengena bangsa ke ape. Ingat orang lain buat duit, kita sibuk beri ALASAN!
Ingat!Uruskan hati dan semangat, bulatkan hati, bersangka baik terhadap Allah kerana Allah tidak akan menzalimi hambanya!
6) Pecahkan kitaran Negative.
Ubahkan tindakan2 kita, pecahkan kitaran negative. Jika kita gunakan cara yang sama dan asyik2 menerima rejection kita sepatutnya menggunakan alternative lain. Nabi berkata " Sebodoh2 manusia, manusia yang di patuk oleh ular yang sama di lubang yang sama berulang2 kali"
Dah terang2 kalau kita ikut the same route, and end up failure so nape nak ikut jalan yang sama lagi?
7) Jangan takut melakukan kesilapan dan belajarlah dari kesilapan!
Kesilapan adalah asam garam hidup, dalam hidup ini mesti ada melakukan kesilapan. Kita lagi banyak belajar dari kesilapan dari kejayaan. Jika kita buat sekali terus
berjaya, kita tak banyak pelajari. Jika kita sesat jalan, kita akan tukar route kita supaya tak tersilap jalan or tukar laluan alternatif yang lain..
8) Sebelum kita nak jual sesuatu barang, kita perlu "jual" diri kita dulu.
Penampilan kita macam mana, barang kita macam mana, packaging, price and such, cara kita bercakap macam mana etc. Upgrade diri, maniskan muka, yakinkan percakapan. Baru orang yakin.
9) Jangan segan2 bagi name card, jangan kedekut!
Mengikut kajian kita perlu bagi 5 kali name card pada potential client, jadi orang mudah ingat kita.
10) Jadikan semua orang sama hebat macam anda!
Pekerja, downlines, pembantu etc.Duplicate macam anda, committed dan sungguh2.
11) Dorong dan motivasikan orang disekeliling kita
including family.
Kebiasaannya suami atau isteri tidak paham tentang nature kerja kita. So kita perlu naikkan semangat supaya dia pun sama2 naik syeikh macam kita jugak!
12) Orang yang nak berjaya, kena campur gaul dengan orang2 yang telah berjaya. Ikuti jejak langkah mereka.
Tanam cita2 semangat dan iltizam utk jadi seperti mereka.Contoh idola saya ialah CPM Honey Nurhaliza..
13) Rajin berkomunikasi dengan orang lain.
Mulut mesti peramah, kalau tak boleh nak cakap sms or email or chat. Macam2 cara sekarang ni nak atau tak je.
14) Sentiasa bercakap tentang apa yang anda jual dan jangan malu2.
"Saya jual product ni, dengar kabarnye ok leerrr... "kalau orang dengar camni orang lain pun tak yakin. Kita mesti yakin seyakin2 nya product kita adalah yang terbaik!
15) Untuk berjaya, kita mestilah ada ILMU.Tanpa ilmu kita takkan ke mana2.
contoh kita nak jadi engineer, kita ambil masa 5 tahun untuk perolehi ijazah kejuruteraan, nak jadi doctor 7 tahun etc.Maka kita seharusnya meluangkan masa
kurang2 sekali atau dua kali seminggu untuk membaca atau menghadiri seminar2 keusahawanan.
16) Jangan salahkan orang lain!
Bila kita gagal melakukan sesuatu perkara kita mula menyalahkan orang di sekeliling kita, salah barang yang dijual, salah company tu, salah pemimpin pendek kata salah semua orang lah. Salah sendiri tak tau pulak? Macam cerita bangau o bangau pulak.
Ingat biznes ini ialah biznes kita, kita x boleh menunding jari pada mana2 pihak. No matter what happens or how bad u want it to be, kita yang harus lakukannya!!
17) Kena beristiqamah dalam apa jua bidang sekali pun
jika kita nak berjaya takde yang on and off. or touch n go. Mesti berjuang sehingga ke titisan yang terakhir. Kadang2 Allah menguji kita sejauh mana kita bertahan. Sabar.. sabar..sabar sahaja. Yang penting lakukan yang terbaik!! Usaha mesti sungguh2.
Peluang selalu ada, tapi kita yang tak pandai nak rebut peluang untuk ubah cara hidup dan cara pemikiran.
Punca Masalah Usahawan Siri Pertama
Sepertimana yang telah kita sedia maklum dan faham bahawa Rusullah s.a.w berada bermaksud
Maknanya 9 daripada 10 rezeki
datangnya daripada perniagaan atau keusahawan, tetapi kenapa kita melihat ramai
juga usahawan yang tidak berjaya
1. INGKAR
Iaitu ingkar perintah ALLah, ingkar nasihat pasangan, nasihat orang tua-tua, nasihat orang yang lebih berpengalaman. Ini merupakan masalah utama . muhasabah diri, nilai diri masing-masing , adakah anda menghadapi masalah ini? Jika tidak, apa pun petua yang akan dikemukakan nanti langsung tidak ada kesan, KALAU KITA MASIH INGKAR TERHADAP PERINTAH ALLAH.
2. JAHIL
3. BODOH SOMBONG
Orang yang bodoh sombong lebih teruk daripada orang jahil. Bukan sahaja tak mahu bertanya, malah apabila ditegur atau apabila orang lain memberi pandangan, dia marah, kecil hati, ambil hati dan sombong, tak mahu menerima pandangan orang lain, walaupun pandangan itu elok untuk dirinya
4. TIDAK BERAMAL DENGAN ILMU
5. MATLAMAT TIDAK MURNI
Ada orang melangkah masuk ke dunia perniagaan dengan hasrat yang tidak murni. Antaranya
Merancang untuk menipu
Membalas dendam kepada pensaing
Membelanjakan modal atau pelaburan yang diamanahkan.
Mengambil kesempatan atas kelemahan dan kemiskinan orang lain.
Membolot kekayaan sendiri
Menapat faedah dan manfaat diri sendiri
Menjadikan perniagaan hanya sebagai batu loncatan
Menyalahgunakan kemudahan dan geran daripada kerajaan
Menindas golongan lemah dan teraniaya
6. MATLAMAT TIDAK JELAS
Ada pula orang yang memasuki dunia perniagaan dengan matlamat yang samar-samar. Dia tidak jelas dengan skop yang diperniagakan. Kecintaannya bukan pada perniagaan. Orang begini selalunya:
Berniaga kerana terpaksa
Mewarisi perniagaan keluarga, bukan perniagaan sendiri
Membantu perniagaan suami atau isteri separuh hati
Bekerja untuk gaji semata-mata
Lemah minda dan tidak mampu mengikuti perkembangan perniagaan kontemporari
Tidak mampu membakar semangat diri sendiri
1. KURANG ILMU
Antara ilmu yang perlu dilengkapi pada diri seorang usahawan ialah:
a. Ilmu tentang perniagaan
b. Ilmu tentang kemanusiaan
c. Ilmu tentang kehidupan
d. Ilmu tentang keakhiratan
Ilimu adalah sesuatu yang perlu dimiliki sepanjang, rusullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“tuntulah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”
Ilmu perniagaan sendiri sentiasa berkembang dan berubah mengikut iklim dunia perdagangan, telekomunikasi, globalisasi dan tamadun manusia. Bagi umat Islam, aktiviti perniagaan hanyalah jambatan yang merentasi alam maya ini untuk menuju ke alam akhirat
2. SILAP KAWAN
Ramai usahawan terjerumus ke alam kegagalan kerana kawan. Sepatutnya kawan menyokong usaha kita, jika tidak pun membantu, tetapi jika sokong pun tidak, malah menjatuhkan kita, maka bolehlah dikatakan:
“ harapkan sokong, sokong membawa rebah “
Oleh sebab itu, menenentukan lingkungan kawan sangat mustahak. Kawan membantu
3. JIWA RAPUH
Jiwa yang rapuh mudah patah semangat
Sebab Jiwa Rapuh
ü Penyakit Kronik
ü Tekanan
ü Tiada sokongan ahli keluarga terdekat
ü Hilang keyakinan diri
ü Perniagaan merosot
ü Kehilangan orang yang disayangai
4. NAK CEPAT KAYA
Inilah sifat orang yang tamak. Pantun Melayu menyebutkan
Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang,
Orang tamak selalu rugi,
Macam anjing dengan bayang-bayang.
Berapa ramai usahawan yang mengeluarkan simpanan mereka, malah ada yang mengeluarkan wang KWSP untuk melabur dengan Skim Cepat Kaya yang berselindung di sebalik pelbagai nama dan akhirnya kerugian besar, tahukah anda sebuah negara di Eropah pernah jatuh muflis kerana bank negaranya membuat pelaburan di dalam skim cepat kaya tajaan sebuah negara besar. Siapa yang mengaut wang sejumlah yang besar ini ?.mereka ialah pengajur skim cepat kaya itu sendiri di internet.
5. ADA SIFAT IRI HATI
Sifat iri hati ialah sifat mazmumah yang merosakkan diri sendiri. Iri hati boleh menyebabkan persaingan yang tidak sihat, berlaku boikot-memboikot. Mengadu domba, black mail, berpuak-puak dan tidak bersatu hati.
Kalau ada persatuan akan pecah, konsortium perniagaan tidak akan berfungsi. Kekuatan strategi perniagaan tidak dapat dipertahankan. Akhirnya semua perniagaan akan rugi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan