Syria merdeka dari penjajahan Perancis
pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah
selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah
menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assa
d berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan
perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan
Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka
melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ)
Ahli Sunnah Waljamaah.
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal
dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria
yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah
Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya
beragama Muslim Sunni.
Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang
membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga
Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA
ZAMAN AYAHNYA
Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27
hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan
rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang
berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi
berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran,
Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak
seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding
sekolah mereka.
Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan
ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.

Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu
lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk
dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka
berlakulah kebangkitan di Syria.
BENTUK
KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai
4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan
dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di
hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di
wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak
diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli
keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims,
di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh
tentera yang menangkapnya.
Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan
telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam
plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak
disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang
terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..
84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad
dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar,
6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam
dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..
Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal
Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi
Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak
ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT
YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK
AKAN KEMBALI LAGI…
FATWA ULAMA
TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali
As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar
mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan
menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka
dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia
syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”
-hadith
ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan
disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin
Zaid dan sanadnya Shahih.
PERKARA
TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia
berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai
telah bersama rakyat.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil
pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak
membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka.
tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian
iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria
merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana
Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan
fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang
yang SYAHID….
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan
rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan
politik dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH
KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila
dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan
apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia
tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah
memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di
Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di
akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.
TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang
menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku
sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul
dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai
yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita
dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria
menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez
Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah
Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti
adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam
sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.
Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera
rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi
merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk
menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.
PERANAN
KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi
kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang
berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang
bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak
mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI” dan ingatlah selalu akan tempat
kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang
benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah
datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan
syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap
lenyap”.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia
hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia
tetap tinggal di bumi.
Demikianlah Allah menerangkan misal-misal
perbandingan.
- Disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu
Abdullah.
p/s perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeik Hassan di
UPM menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.
Wallahu A’lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan