“kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh, orang yang berhasil adalah orang yang mampu melewati seribu kegagalan, sukses tidak datang dari apa yang diberikan oleh orang lain, tapi datang dari keyakinan dan kerja keras kita sendiri, guru terbaik adalah kesalahan terakhir yang kita lakukan”

“Kita selalu lupa jalan pulang, dari mana kita datang,
dimana kita sekarang, kemana kita akan pergi, mengambil yang sementara meninggal yang
kekal, hidup adalah persinggahan dalam menuju ke distinasi yang kekal abadi”

Jumaat, 30 Ogos 2013

Laluan Pantai Ke Terengganu


 
Boring sangat hari ni, jom ikut aku ke Trengganu, bila ke sana aku lebih suka mengambil jalan bawah atau panggil biasa jalan pantai. Dari rumah aku terus ke Pasir Puteh, oleh kerana nak refesh minda soal petrol atau masa nak sampai aku letak nombor 13, yang penting aku dapat cuci otat dan mata,

 
 
 
 

Bawa kereta  sambil dengar lagu dari Bandar Pasir Puteh, aku pergi ke Tok Bali, jangan Tanya kenapa ke Tok Bali pula, kan aku dah cakap petrol bukan jadi persoalan yang penting jalan-jalan, drive sambil mata lihat kiri kanan.

 
 
 
 
Kawasan Tok Bali 

Bila di Tok Bali aku rehat kejap, sebab perjalan dari rumah ke di Tok Bali kira 1 jam juga, di sini kita akan jumpa replica bot di tengah simpang Tok Bali kiri ke Bachok, kanan ke Besut, kita ambil kanan, di Tok Bali boleh nak berehat di Pantai Tok Bali atau nak beli ikan segar, oleh perjalanan baru bermula aku Cuma ambil peluang berehat melepaskan kepenatan mata di pantai. Tok Bali adalah tempat pendaratan ikan sebelah sini seloain daripada Kuala Besut, Beli ikan itu lain kali...

 

Tok Bali

Pasar Tok Bali.
 

Kawasan tempat memancing Tok Bali

Sebelum sambil ke Kuala Besut Aku singgah sekejap kat Pantai Semerak, Pasir Puteh, Kelantan. Di sini terdapat satu Resort Tok Aman Bali bertaraf 5 bintang. Cantik !!!!! harganya tak lah mahal sangat dalam RM 300 ++, aku beli jagung bakar makan sambil-sambil drive kereta.

 
Pantai Dalam Rhu Semerak
 
 
Tok Aman Bali Resort
 
 Dari Tok Bali kita mengambil ke Besut kira-kira 15 minit, dan melalui sempadan Kelantan/ Terengganu, dari sini kita akan dapat lihat banyak gerai menjual kerepok lekor, ada juga gerai yang dapat kita lihat mereka membuat kerepok disitu.

 
Gerai kerepok lekor
 
Jeti Kuala Besut



Pekan Kuala Besut
 
 
Gerai Kuala Besut Medan Ikan Bakar


Sampai di Kuala Besut aku masuk Pekan Besut sekejap sekadar lalu lihat jketi bot ke Pulau Perhentian dari jeti ke pulau mengambil masa 30 minit dan tambangnya hanya RM 35 seorang mmenggunakan speed bot, ramai orang puteh kat sana sedang tunggu bot.

 

 Peta Teregganu
Tiket bot ke Pulau Perhentian

Peta Pulau Perhentian

Dari kuala Besut aku terus kembara ke Pantai Bukit Kluang pantainya cantik dan banyak batu-batu kerana bukit berada di tepi pantai, disini banyak juga ter dapat homestay, challey dan resort,
 
 
 
Bukit Kluang
 


 Dari Bukit Kluang aku teruskan perjalanan melalui jalan kampong, seingga sampai lah aku di Fitri daerah Setiu, satu permandangan yang cantik dengan berlatar belakangkan pantai membiru, kekadang Nampak juga bot-bot nelayan persisir nun jauh tengah-tengah laut.



Satu pemandangan lapang, aku drive kereta Cuma 60 KM/J sahaja, dalam pada lihat kiri kanan, awas juga kut-kut lembu melintas ke, jalan kat sini agak lenang tak banyak kereta tapi jalannya agak luas juga.

 
 
 
 
Perjalanan sepanjang laluan pantai
 
 Perjalanan ke Pantai Merang kita dapat melihat banyak gerai-gerai menjual makanan, dan kedai-kedai makan, maknanya kita tak akan kelaparan mengikuti laluan bawah ini.
  
 
 
Gerai kerepok lekor

Dodol Terengganu

 
 
 
aku singgah sekejap di Aryani Resort, Resort yang amat cantik dan sunyi dari kesibukan

 
Aku tamatkan kembara ku, di Pantai Merang dan pulang ke Kelantan....
 
 

Sungai Didalam Laut

Suatu hari, seorang ahli kelautan bernama Jacques Yves Costeau melakukan penelitian di dasar laut untuk Discovery Channel. Ia menelurusi fenomena bawah laut di Cenota Angelita, Mexico.

Saat melakukan penyelaman, ia dikejutkan dengan sebuah fenomena alam yang luar biasa. Dia menemukan air tawar di antara air laut yang masin. Penemuan itu membuatnya takjub.  Bagaimana mungkin air tawar boleh berada terpisah dalam air laut yang masin? Tetapi itulah kenyataan yang dia temukan di dalam laut.


Rasa ingin tahunya yang besar membuat Costeau kembali menyelam lebih dalam lagi. Ia menyaksikan fenomena alam yang lebih mengejutkan lagi. Ia melihat ada sungai di dasar lautan.

Sungai di bawah laut itu ditumbuhi daun-daunan dan pohon. Para peneliti menyebut fenomena itu sebagai lapisan Hidrogen Sulfida. Tapi nampak seperti sungai? Yang menjadi tanda tanya para penyelam, mengapa air yang mengalir di sungai bawah laut itu rasanya tawar?


Sesungguhnya, sekitar 14 abad lalu, Alquran telah menjelaskan fenomena itu.  Semak saja surah Al-Furqan [25] ayat 53: ''Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar dan segar dan yang lain sangat m

Fenomena unik dan aneh itu juga telah disebutkan dalam surah Ar-Rahman [55] ayat 19-21: ''Dia membiarkan dua laut mengalir yang kemudian keduanya bertemu, di antara kedua ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.''


asin lagi pahit; dan Dia Jadikan antara keduanya dinding dan barat yang tidak tembus.''

Bagaimana Mengira Insuran Kereta ?

Setiap tahun bila tiba hari jadi kereta anda, iaitu tarikh ianya didaftarkan, anda perlu memperbaharui Insuran dan cukai jalan kereta anda. Anda fikir murah?

Setiap kereta mempunyai nilai insurannya, Jika anda membeli kereta anda RM40,000 tahun ini, nilai insurannya mungkin berharga RM37,000, dan pada tahun hadapan, ia mungkin menjadi RM35,000. Jumlah yang anda perlu bayar untuk nilai insuran RM35,000 adalah RM1,121 tanpa sebarang penambahan polisi. Berikut adalah jumlah kasar harga insuran yang anda perlu bayar mengikut harga kenderaan diinsurankan. Jumlah mungkin berbeza mengikut kapasiti enjin kenderaan anda:

Nilai diinsurankan              Harga insuran
RM40,000                             RM1,251
RM50,000                             RM1,500
RM60,000                             RM1,700
RM70,000                             RM2,087


Nilai insuran akan berubah setiap tahun mengikut harga pasaran kereta anda pada tahun berkenaan.

NCD atau No Claim Discount
Mahal tak insuran tu? Mahal kan? Ni insuran tau, bukan road tax atau cukai jalan! jangan korang salahkan kerajaan pulak bab ni! ni memang polisi insurans seluruh dunia.

Tapi jangan takut, kalau anda pemandu yang cermat dan mampu manjauhkan kemalangan dari kenderaan anda atau anda bernasib baik atau anda tidak mengharapkan pihak insuran menyelesaikan masalah kemalangan anda, anda akan dihadiahkan NCD atau No Claim Discount setiap tahun sehingga tahun ke 5 apabila NCD anda mencecah 55%, ia akan berhenti setakat itu!

Bagaimana NCD berfungsi? Jika anda tidak pernah menuntut sebarang ganti rugi dengan pihak insuran anda, anda akan dihadiahkan diskaun seperti berikut:

25% diskaun untuk tahun pertama
30% diskaun untuk tahun kedua
38.33% diskaun untuk tahun ketiga
45% diskaun untuk tahun keempat
55% diskaun untuk tahun kelima

dan tiada kenaikan diskaun untuk tahun keenam dan seterusnya.. cukupla dah diskaun separuh harga tu!

Jadi bagaimana ia berfungsi?

Misalnya jika anda pernah gunakan kereta anda selama setahun tandap sebarang tuntutan insuran:

Kes 1
Nilai insuran kereta anda tahun berkenaan:  RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 25%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM938

Kes 2
Nilai insuran kereta anda pada tahun berkenaan: RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 55%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM368

Dan jangan lupa, setiap tahun nilai insuran kereta anda akan menurun, dah jumlah yang perlu dibayar jauh lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana NCD dan harga pasaran kenderaan anda.

Penambahan Insuran Cermin hadapan
Atau Windscreen... anda cuma perlu menambahkan 15% dari jumlah insuran anda setahun!

Lain-lain penambahan sila rujuk wakil insuran anda!

NCD boleh dipindahkan kepada kereta baru anda atau insuran baru dengan syarat kereta baru dan lama mestilah keduanya atas nama anda! Jadi jika anda pemandu yang mempunya NCD, tak perlulah risaukan insuran kereta baru anda.


Setelah melakukan sedikit kajian dan pemerhatian di perbincangan forum-forum internet, di dapati kebanyakan pengguna mengesyorkan menggunakan insurans kenderaan berasaskan ‘Takaful‘ seperti Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia ataupun mana-mana penyedia insurans yang mempunyai nama ‘Takaful‘. Ini kerana insurans yang bersifatkan takaful adalah lebih menepati syariat Islam dan bebas daripada unsur riba. Malahan harga bayaran insurans kenderaan sama sahaja di antara kesemua Penyedia Khidmat Insurans. Jadi adalah lebih baik mengambil insurans yang terbaik di antara yang terbaikkan.

Contoh under-insured yang senang difahami ;

1. sebuah kereta bernilai RM100,000. sum insured cuma RM70,000 - atau 7/10 @ 70%.
- bila berlaku kemalangan dan katakan kos pembaikan RM10,000, maka insurans akan bayar cuma 7/10 atau RM7,000. ini kerana premium dibayar cuma 7/10 saja.

2. sebuah kereta bernilai RM100,000. sum insured RM80,000. - atau 8/10 @ 80%.
- kereta terbakar hangus dan total loss. oleh kerana sum insured cuma 80%, maka insurans cuma membayar 80% saja atau RM80,000.

Untuk no 1 saya bagi kan fomula nya sekira berlaku under insured dan average clause diguna pakai untuk pengiraan tuntutan insuran.....

kos pembaikan x nilai insuran / nilai pasaran = bayaran yg akan dijelaskan oleh sykt insuran. Perbezaan nya di tanggung oleh pemilik kenderaan.

(cost of repair x insured value/ market value = amount borne by insurance company. The different from own pocket)

10000 x 70000 / 100000 = 7000. 3000 dari poket pemilik

Tetapi fomula ini tidak diguna pakai untuk tuntutan total loss atau kecurian. dalam kes in jumlah pampasan ialah nilai insuran atau nilai pasaran mana satu yang paling rendah..... lebih kurang macam tu lah.... nak cerita panjang sgt kena buka kelas..... off and on saya akan cuba mencelah.


(a) Cara ingin tahu nilai premium insurans kereta anda ;
- Kalkulator premium kenderaan peribadi kami membolehkan anda mengira jumlah premium insurans yang akan dibayar oleh anda bila anda mengambil insurans bagi kenderaan anda. Premium ini berubah bergantung kepda perincian polisi seperti jenis perlindungan, kapasiti enjin, diskaun tiada tuntutan dan manfaat tambahan.
Sila klik link di bawah ;

http://www.insuranceinfo.com.my/help_and_advice/useful_tools/car_premium.php?intPrefLangID=2


(b) Cara untuk tahu nilai Insurans kereta anda apabila memperbaharui insurans (Secondhand) ;

- Kalkulator Memperbaharui Insurans

Sila klik link di bawah ;

http://www.einsuran.com/B001001.aspx

(c) Untuk tahu harga pasaran kenderaan anda boleh mencuba di ;
Sila klik link di bawah ;

http://www.autoclaims.com.my/agv1/home.php

-Masukkan data maklumat kenderaan yang dikehendaki.

(d) 5 perkara yang perlu anda tahu mengenai insurans dan cukai jalan(roadtax)


Masa- Pasti ramai di antara anda akan memperbaharui cukai jalan pada saat akhir. Mungkin paling awal pada minggu yang terakhir. Mungkin ada juga yang memperbaharui cukai jalan selepas tamat tempoh. Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tarikhnya tamat. Ini akan memudahkan lagi anda untuk merancang masa yang sesuai untuk pergi memperbaharuinya tanpa mengganggu kerja harian. Anda boleh merujuk geran kereta sekiranya anda berasa tidak yakin.

Urusan-  Pada kebiasaannya, anda akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful/insurans untuk menyelesaikan segala urusan sehingga memperoleh roadtax. Anda dinasihatkan untuk menyemak maklumat perlindungan takaful/insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna. Selaku pengguna, anda berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang anda bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful/insurans kenderaan.

Jumlah perlindungan-  Jumlah perlindungan takaful/insurans adalah hak anda untuk tentukan, bukan ejen. Anda dinasihatkan untuk memilih jumlah yang bersesuaian dengan harga semasa kenderaan. Cara paling selamat untuk mengetahui harga semasa kenderaan adalah dengan menghubungi pihak bank. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali. Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri. Dan cara termudah untuk mengetahui harga semasa ialah dengan mencari harga purata sesebuah kenderaan.

Below/Over insured- Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa(over insured). Sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan(below insured). Tetapi sesetengah syarikat masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%. Amat penting untuk anda mengetahui harga semasa kenderaan anda.

Faedah- Anda juga perlu mengetahui mengenai faedah yang anda dapat sekiranya mengambil insurans daripada mana-mana syarikat. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada ditipu. Bandingkan faedah-faedah yang diberikan oleh beberapa buah syarikat kemudian buatlah keputusan yang anda rasakan paling sesuai. Antara contoh faedah adalah sepeti diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan.

Asal Usul Pokok Bonsai


Bonsai merupakan satu perkataan yang menggambarkan kepada pelbagai situasi :- minat,tumpuan kepada seni dengan cara yang berbeza.


China merupakan tempat di mana seni bonsai ini berasal, sementara di Jepunlah bonsai ini dibentuk sehingga diterima kepelosok dunia.
Apakah sebenarnya bonsai?
Menurut masyarakat Jepun, bonsai mempunyai hubungan di antara alam, manusia dan Tuhan.
 Bonsai diterjemahkan sebagai “tumbuhan di dalam bekas yang leper” atau “tumbuhan pasu yang renek”, namun terpulanglah kepada para peminatnya untuk memberi maksud sebenar perkataan bonsai itu.
Apa yang penting adalah bonsai merupakan satu seni kehidupan.
Bonsai tidak boleh disamakan dengan seni yang dilakarkan dikanvas, marbel atau sebagainya, kerana bonsai merupakan seni tumbuhan yang dicipta begitu unik.




Jenis-jenis Bonsai
Para peminat bonsai sanggup menghabiskan wang ringgit mereka semata-mata untuk mendapatkan bonsai. Pada mereka, apa yang penting bukanlah nilai harganya.
Disebabkan seninya yang terpancar dari bonsai menjadikan para peminat mengumpulnya sebagai koleksi. Sebenarnya bonsai adalah berbeza-beza walaupun dari jenis pokok yang serupa.
 Untuk membentuk sesuatu pokok agar menjadi bonsai memerlukan masa yang lama dan memakan beberapa tahun untuk membentuknya.


Beberapa jenis tumbuhan dapat dibentuk untuk menjadi bonsai
    Pine putih Jepun (Pinus plaviflora)
    Bunga ceri Higan (Prunus subhirtella)
    Limau oren (Citrus aurantium)
    Melati (Wrightia religiosa)
    Puding (Codieum variegatum)
    Lemon Balm Leaf (Otacanthus caerulans)

* P/s : Naluri manusia yang sukakan keindahan menjadikan mereka golongan yang menghargai setiap apa yang indah, berseni dan menarik.

Selasa, 27 Ogos 2013

Mampukah Pas Pertahan Kelantan Pada PRU 14


Kontra Artikel Bunyinya agak menakutkan tetapi adalah malang bagi PAS yang telah memerintah dan mentadbir Kelantan semenjak PRU 1990 lagi iaitu lebih kurang 23 tahun yang lepas sekiranya topik ini menjadi berita utama akhbar sehari selepas PRU ke-14 negara. PAS seharusnya tidak melupakan sikap dan kelakuan pengundian rakyat Kelantan yang unik dan tersendiri dalam memilih parti yang akan mentadbir mereka.

Jika disoroti daripada perspektif sejarah, rakyat Kelantan telah memilih PAS semasa PRU 1959 lagi. PRU yang pertama setelah negara mencapai kemerdekaan tatkala hampir keseluruhan rakyat di negeri-negeri lain (kecuali Terengganu) memilih Perikatan sebagai kerajaan negeri. Rakyat Kelantan sanggup menjadikan PAS sebagai kerajaan negeri walaupun menyedari aspek pemodenan, kemajuan negeri, kesejahteraan rakyat melalui projek pembangunan seharusnya menjadi keutamaan pada masa tersebut.

PAS terus memerintah Kelantan selepas PRU 1964, 1969, 1974 (menyertai BN) namun tewas pada PRU 1978! Apakah yang berlaku pada masa tersebut yang menyebabkan PAS hilang kuasa pada pilihan raya 1978? Adakah dengan kekuatan yang ada pada BN semata-mata ataupun berlaku kelemahan yang nyata pada PAS? Jawapan yang kedua adalah lebih dominan yang menjadi punca kejatuhan kerajaan PAS. Titik tolak bermula apabila berlaku ‘perang dingin' dalam PAS setelah Muhammad Nasir dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan mengenepikan Wan Ismail Ibrahim yang menjadi calon pilihan utama PAS. Muhammad Nasir dilihat bukan daripada kem Mohd. Asri Muda yang merupakan Yang Dipertua PAS Pusat dan tidak mendapat perhatian utama daripada PAS Kelantan.

Walaupun Muhammad Nasir adalah Menteri Besar Kelantan namun beliau tidak dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan. Beliau hanya berkuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri tetapi tidak berkuasa dalam partinya sendiri. Secara halusnya, Muhammad Nasir dijauhkan dalam pentadbiran PAS sedangkan pada masa yang sama beliau harus menunaikan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar kepada rakyat Kelantan. Setelah itu berlaku peristiwa demi peristiwa sehinggakan DUN Kelantan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan pada bulan Oktober 1977. Rentatan itu berlaku rusuhan di Kelantan menyebabkan kerajaan Pusat mengisytiharkan darurat dan kesan yang paling besar adalah tersingkirnya PAS daripada BN.


Setelah itu berlaku PRU tahun 1978 dan Muhammad Nasir yang disingkirkan daripada PAS telah menubuhkan parti BERJASA untuk berhadapan secara langsung dengan PAS. Secara nyatanya ini akan meninggalkan UMNO tanpa disaingi oleh parti-parti utama dalam pilihan raya tahun tersebut. Namun begitu, BERJASA belum lagi diserap sebagai parti yang menjadi sebahagian daripada komponen BN. Dalam pilihan raya 1978, BERJASA bertanding di 25 kawasan DUN dan bertembung satu sama satu dengan PAS di 11 kawasan DUN. Agak menarik kerana 11 kawasan tersebut merupakan kubu kuat PAS seperti Simpangan, Kemumin, Sering, Tendong, Meranti, Kubang Kerian, Tawang, Perupok, Lemal, Salor dan Peringat. Dalam PRU 1978 juga berlaku pertandingan tiga dan empat penjuru yang melibatkan BN, BERJASA, PAS dan Bebas di 16 kerusi DUN yang kesemua parti mempunyai peluang yang sama rata untuk menang kecuali Bebas yang dikira tidak mempunyai peluang untuk menang. Pertandingan sebenar akan berlaku di antara PAS dan BERJASA yang menyebabkan undi akan terbahagi kepada dua parti tersebut. Ini meninggalkan UMNO untuk meraih undi yang lebih tinggi berbanding PAS dan BERJASA. Selain itu, UMNO telah berhadapan satu lawan satu dengan PAS di sembilan buah kerusi DUN yang dikatakan selamat untuk UMNO iaitu Sungai Pinang, Wakaf Baharu, Sungai Keladi, Jelawat, Gual Periuk, Ketereh, Pahi, Gua Musang dan Manek Urai. Perkiraan awal adalah BERJASA akan menang di 11 buah kerusi, UMNO akan menguasai lebih 20 kerusi sementara selebihnya akan dimenangi oleh PAS. Ini menyebabkan UMNO akan mempunyai paling banyak kerusi dan akan membentuk kerajaan di Kelantan dibantu oleh BERJASA. UMNO juga boleh melantik Menteri Besar Kelantan dalam kalangan ahli mereka dan mempunyai kuasa penuh untuk mentadbir Kelantan.

Keputusan sebenar pilihan raya DUN pada 11 Mac 1978, memperlihatkan UMNO/BN telah menang di 23 kerusi DUN (termasuk seorang calon MCA) daripada 24 kerusi yang mereka tandingi sementara PAS hanya menang di dua kerusi berbanding 36 kerusi yang mereka tandingi. Bagi BERJASA, mereka menang di 11 buah kerusi daripada 25 kerusi yang ditandingi. Keputusan pilihan raya ini menepati startegi yang dirancang oleh UMNO. PAS berjaya dikalahkan oleh UMNO dengan bantuan BERJASA dan pada masa yang sama juga BERJASA tidak dapat membentuk kerajaan di Kelantan kerana tidak mempunyai bilangan kerusi majoriti. Sebaliknya UMNO yang mempunyai bilangan kerusi majoriti dapat membentuk kerajaan Kelantan dan bermula pemerintahan UMNO di Kelantan buat pertama kali semenjak negara mencapai kemerdekaan. Pihak yang untung adalah UMNO manakala kedua-kedua parti PAS dan BERJASA hanya setakat memenuhi kouta ahli DUN Kelantan sahaja. Umumnya sokongan rakyat Kelantan yang majoritinya etnik Melayu adalah samada kepada dua parti Melayu yang paling signifikan iaitu UMNO dan PAS. Salah satu parti menghadapi konflik dan krisis dalaman akan mengakibatkan parti satu lagi mendapat kejayaan. Ini dibuktikan pada PRU 1978 di Kelantan.

Mengapa pula kerajaan UMNO/BN telah kalah dalam PRU 1990? Sekali lagi diakibatkan oleh krisis dalaman yang pada kali ini berlaku dalam UMNO. Tengku Razaleigh yang merupakan pemimpin UMNO Kelatan telah mencabar Mahathir Mohammad dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987. Keputusan Tengku Razaleigh ini telah menambahkan kekusutan UMNO Kelantan. Keputusan beliau ini mendapat sokongan penuh sebahagian besar Ketua UMNO Bahagian di Kelantan yang juga membuktikan beliau masih lagi berpengaruh dalam UMNO negeri. Ini meletakan Menteri Besar Kelantan pada masa tersebut, Mohammad Yaakob dalam dilemma kerana sekiranya beliau menyokong Tengku Razaleigh secara langung akan membawa maksud beliau menentang kepimpinan Perdana Menteri Mahathir Mohammad yang melantik beliau sebagai Menteri Besar Kelantan. Sokongan kepada Perdana Menteri juga bermakna beliau memilih untuk berlainan pendapat dengan sebahagian besar Ketua Bahagian UMNO Kelantan. Malangnya pilihan Mohammad Yaakub untuk menyebelahi Mahathir telah meletakan beliau dalam keadaan tertekan apabila telah kehilangan sokongan dan perasaan hormat ahli-ahli UMNO Kelantan. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Tengku Razaleigh kalah dalam pemilihan tersebut dan sebahagian kemarahan tersebut dikaitkan dengan peranan yang dimainkan oleh Mohammad Yaakub.

Dengan kekalahan ini, Tengku Razaleigh telah membuat keputusan keluar daripada UMNO. Beberapa orang pengikut Tengku Razaleigh yang tidak berpuashati dengan keputusan pemilihan UMNO pada tahun 1987 ini telah mencabar perkara tersebut di mahkamah yang membuat keputusan kontroversi pengharaman parti UMNO. Mahathir pula telah mengambil langkah untuk mendaftarkan semula UMNO yang kemudiannya di kenali sebagai UMNO (Baru). Sebaliknya Tengku Razaleigh pula telah mengusahakan penubuhan parti baru yang di namakan sebagai Parti Melayu Semangat 46 (S46). Dengan ini UMNO Kelantan telah berpecah kepada dua kumpulan, UMNO (Baru) diketuai oleh Mohammad Yaakub sementara S46 dipimpin oleh Tengku Razaleigh.

Penubuhan parti S46 telah memulakan episod baru dalam politik negara khususnya di Kelantan. Dengan kedudukan parti tersebut yang berada di luar BN dan menjadi parti pembangkang, kedudukan kerajaan UMNO Kelantan berada dalam bahaya. Tambahan pula dalam beberapa siri pilihan raya kecil selepas pilihan raya 1986 dan peristiwa pemilihan UMNO 1987, S46 sudah mula mengadakan persefahaman dengan PAS. Kerjasama ini disambut baik oleh PAS termasuk PAS Kelantan yang tidak dipengaruhi oleh sentimen anti Tengku Razaleigh yang juga merupakan pendukung utama kekalahan PAS di Kelantan pada pilihan raya 1978 yang lalu. Seterusnya kerjasama ini membuahkan hasil apabila terbentuk gabungan politik Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang disertai bersama oleh PAS, S46, BERJASA dan HAMIM. Pembentukan pakatan politik APU ini menyebabkan UMNO bersendirian setelah BERJASA dan HAMIM bertindak keluar daripada komponen BN. Secara moralnya UMNO telah kehilangan sokongan dan sebaliknya sokongan bertumpu kepada APU. Dalam keadaan yang demikian berlangsung pilihan raya 1990. BN/UMNO telah meletakan calon bagi 39 kerusi DUN dan buat pertama kali APU menyertai pilihan raya dengan PAS bertanding 24 kerusi, S46 meletakan calon di 14 kerusi dan BERJASA bertanding untuk satu kerusi sahaja. Dalam PRU 1990 ini, BN/UMNO telah kalah di kesemua kerusi DUN yang mereka tandingi sebaliknya PAS menang di 24 kerusi, diikuti S46 menguasai 14 kerusi dan BERJASA menang di satu kerusi tunggal yang mereka tandingi. Dengan keputusan ini maka berakhir tampuk pemerintahan UMNO di Kelantan setelah berkuasa selama 12 tahun dan pentadbiran Kelantan dikuasai semula oleh PAS yang menjadi teraju utama dalam APU. Jelasnya UMNO juga mengakhiri tempoh pemerintahan mereka di Kelantan atas sebab dan alasan yang sama iaitu perpecahan dan konflik dalaman yang berlaku dalam .parti

Apakah situasi kerajaan PAS Kelantan sekarang? Makin stabil, bertambah kuat ataupun telah mula kelihatan bibit-bibit keretakan yang akan menjadi bertambah runcing daripada masa ke semasa? Apakah ahli dan pemimpin PAS tidak mahu mengambil pengajaran selepas daripada PRU 1974 yang lalu? PAS masih lagi memerintah Kelantan selepas PRU 1974 namun hanya empat tahun selepas itu pada PRU 1978, PAS telah hilang kuasa. Adakah dalam tempoh masa yang sama iaitu empat tahun selepas daripada PRU ke-13, 2013 iaitu tahun 2017 dalam PRU ke-14, PAS akan kehilangan kuasa pemerintahan di Kelantan? Pihak manakah yang akan mengambil pengajaran daripada sejarah sosio-politik pilihan raya lampau di Kelantan?


Abu Mujtahid
Kuala Lumpur
Peminat politik Kelantan
21 Ogos 2013

Isnin, 26 Ogos 2013

Solat Jamak Dan Qasar

 

Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;

 

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 

SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK

1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 

HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK

1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 

SOLAT QASAR
 

Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 

SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR

1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

 

Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 

SOLAT  JAMAK

 

Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.

Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 

Solat  Jamak terbahagi  kepada ;

 

1. JAMAK TAQDIM  Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.


SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 

1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).

Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).

2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama). Alasannya yang kedua ialah solat yang pertama (Zohor/Maghrib) telah masuk waktu, sementara solat yang kedua (Asar/Isya) belum lagi masuk waktu... Jadi amat wajarlah kita dahulukan solat (Zohor/Maghrib) kerana telah masuk waktu, sementara solat yang kedua hanya penumpang... belum masuk waktu.

Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.


3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.

Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.

Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.


4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya Takbiratul Ihram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.

5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.

6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
 

Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
 

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

 

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
 

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

 

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

 

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 

SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR

1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).

Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
 

Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR

 

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
 

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
 

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

 

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

  Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


 

SOLAT QASAR DAN JAMAK

 

Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 

Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

 

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
 

أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

 

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
 

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

 

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.

 

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

 

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

 

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

 

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.