“kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh, orang yang berhasil adalah orang yang mampu melewati seribu kegagalan, sukses tidak datang dari apa yang diberikan oleh orang lain, tapi datang dari keyakinan dan kerja keras kita sendiri, guru terbaik adalah kesalahan terakhir yang kita lakukan”

“Kita selalu lupa jalan pulang, dari mana kita datang,
dimana kita sekarang, kemana kita akan pergi, mengambil yang sementara meninggal yang
kekal, hidup adalah persinggahan dalam menuju ke distinasi yang kekal abadi”

Selasa, 20 Ogos 2013

Yusuf Al-Qaradawi seru rakyat Mesir tolak kezaliman tentera


Ketua Kesatuan Ulama Se-Dunia, Dr Yusuf al-Qaradhawi menyeru sekali lagi ke atas semua rakyat Mesir untuk keluar berhimpun bagi meneruskan tuntutan hak dan membantu saudara-saudara mereka.Selain itu, beliau turut menggesa pihak luar bagi membantu untuk memberhentikan kezaliman yang berlaku di Mesir. Beliau juga menyifatkan bahawa apa yang berlaku di Mesir khusunya di medan Rab’ah dan Nahdah adalah perkara yang tidak pernah berlaku ke atas rakyat Mesir.
Beliau juga menyeru agar semua rakyat berdoa ke atas pihak yang melakukan kezaliman agar Allah membalas segala perbuatan mereka.
Seruan ini merupakan susulan bagi seruan yang dilakukan bagi menjayakan himpunan pada 16 Ogos, Jumaat baru-baru ini.
Di akhir seruannya, beliau menyeru kepada semua umat Islam, penganut Kristian dan para ulama al-Azhar untuk keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut.
“Sesunggunya mana-mana rakyat Mesir tidak akan mati melainkan apabila tiba ajal yang telah ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan