“kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh, orang yang berhasil adalah orang yang mampu melewati seribu kegagalan, sukses tidak datang dari apa yang diberikan oleh orang lain, tapi datang dari keyakinan dan kerja keras kita sendiri, guru terbaik adalah kesalahan terakhir yang kita lakukan”

“Kita selalu lupa jalan pulang, dari mana kita datang,
dimana kita sekarang, kemana kita akan pergi, mengambil yang sementara meninggal yang
kekal, hidup adalah persinggahan dalam menuju ke distinasi yang kekal abadi”

Khamis, 26 September 2013

Menjadi Usahawan Bab 1

Golongan usahawan atau perniagaan adalah golongan yang banyak mencorak struktur perkembangan ekonomi dan perdagangan sesebuah negara atau kelompok masyarakat, mereka dilihat golongan yang kaya, mewah dan mempunyai banyak wang, kuasa wang memungkinkan pelbagai aktiviti berjalan rancak. Dengan wang segala-galanya boleh dilakukan.


Perniagaan merupakan salah satu cabang untuk menjana pendapatan dan ekonomi harian tidak kira bagi pihak individu atau berkumpulan. Malah, dalam Islam sendiri telah menyatakan bahawa perniagaan adalah 9/10 daripada pintu rezeki. Sedikit sebanyak hal ini telah menggambarkan bahawa perniagaan boleh menjadi satu peluang kepada kita untuk mencari rezeki.

Yang penting, perlu ada modal dan usaha untuk mengembangkan perniagaan. Akan tetapi, perlu diingat bahawa perniagaan bukan mahu mengejar keuntungan semata-mata kerana dalam perniagaan kerugian juga menjadi satu lumrah.

Islam sendiri ada menggariskan tujuan perniagaan mengikut perspektif Islam iaitu untuk memperbesar dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Oleh itu, dalam perniagaan, kita perlulah senantiasa mencari keredhaan ALLAH SWT iaitu dengan cara menetapkan niat yang betul serta menjalankan perniagaan dengan sebaik-baiknya.

Selain itu, dalam perniagaan juga, ada etika yang perlu dipatuhi. Tujuan etika perniagaan tidak lain tidak bukan untuk memastikan para peniaga Muslim khususnya, menghindarkan sifat-sifat yang keji lantas sentiasa mengamalkan sifat-sifat terpuji sepanjang menguruskan perniagaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan