“kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh, orang yang berhasil adalah orang yang mampu melewati seribu kegagalan, sukses tidak datang dari apa yang diberikan oleh orang lain, tapi datang dari keyakinan dan kerja keras kita sendiri, guru terbaik adalah kesalahan terakhir yang kita lakukan”

“Kita selalu lupa jalan pulang, dari mana kita datang,
dimana kita sekarang, kemana kita akan pergi, mengambil yang sementara meninggal yang
kekal, hidup adalah persinggahan dalam menuju ke distinasi yang kekal abadi”

Khamis, 26 September 2013

Menjadi Usahawan Bab 2

Usahawan adalah individu atau kumpulan individu yang terlibat:

1.   Mengilang ( mengeluar atau membuat barang atau perkhidmatan).

2.   Menjual

3.   Berdagang

Usahawan juga ialah individu yang memobilisasikan modal, mengguna pakai sumber asli, mewujudkan pasaran dan menjalankan perniagaan. Ia menggabungkan sifat manusia yang ingin maju, berketerampilan, memiliki kebolehan luar biasa dan ada dorongan untuk menterjemahkan sumber dan peluang kepada aktiviti yang membawa keuntungan.

Seseorang usahawan tidak dilahirkan semula jadi. Maknanya anak seorang usahawan tidak semestinya menjadi usahawan juga, sebaliknya usahawan bukanlah seorang yang boleh dicipta sekelip mata.

 Seorang usahawan boleh dibentuk, dimotivasikan dan ditanam minat untuk memulakan perniagaan. Sesungguhnya setiap individu mempunyai potensi tertentu yang boleh dikenal pasti, dicungkil dan dikembangkan melalui program latihan hingga menjadi seorang usahawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan