“kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh, orang yang berhasil adalah orang yang mampu melewati seribu kegagalan, sukses tidak datang dari apa yang diberikan oleh orang lain, tapi datang dari keyakinan dan kerja keras kita sendiri, guru terbaik adalah kesalahan terakhir yang kita lakukan”

“Kita selalu lupa jalan pulang, dari mana kita datang,
dimana kita sekarang, kemana kita akan pergi, mengambil yang sementara meninggal yang
kekal, hidup adalah persinggahan dalam menuju ke distinasi yang kekal abadi”

Khamis, 26 September 2013

Menjadi Usahawan Bab 3

Peluang Perniagaan

Setiap perniagaan bermula dengan peluang yang boleh didapati serta kesempatan untuk dimajukan. Faktor persetikaran harus menjadi tanda arah kepada perniagaan yang akan diceburi, antaranya

1.   Tahap persaingan

2.   Suasana ekonomi

3.   Sosio budaya

4.   Politik

5.   Teknologi

6.   Undang-undang

Peluang dalam pasaran ialah apabila masih terdapat ruang atau kesempatan untuk menawarkan barangan yang boleh memenuhi permintaan dan cita rasa pelanggan.

Pengaruh Persekitaran Atas Peluang Perniagaan

Apabila memulakan perniagaan khususnya disesuatu penempatan atau lokaliti, maka factor setempat memainkan peranan penting iaitu:

1.   Struktur dan komposisi penduduk, perlu diambil kira budaya atau gaya hidup masyarakat setempat selalunya keturunan, bangsa dan agama juga memain peranan yang penting dalam menentukan pengaruh kepada produk yang hendak ditawarkan

2.   Purata pendapatan penduduk biasanya merujuk kepada kuasa membeli, daerah dan persetikaran setempat menjadi tanda aras kepada tahap kemampuan berbelanja.

3.   Cita rasa penduduk, berkait rapat dengan taraf kehidupan, pendidikan dan kesedaran nilai sesuatu produk.

4.   Sumber tempatan

5.   Rangkaian industri dan industry sokongan

6.   Rancangan pembangungan kerajaan dan swasta sebagai contoh pembinaan komplek kerajaan, sekolah atau perumahan.

7.   Masalah sosial masyarakat setempat juga mesti dikaji.

8.   Mengkaji nilai masyarakat sama ada bertentangan atau tidak dengan nilai dan tuntutan agama masyarakat setempat.

9.   Undang-undang dan peraturan majlis Tempatan atau Perbandaran

 
Nilai Dan Kelebihan Diri Untuk Bersaing


Bakal usahawan harus membuat muhasah diri berbanding pesaing-pesaing mereka, kaji kelebihan dan kekurangan diri dan pesaing dari segi:

1.   Pengalaman

2.   Pengetahuan dan kelulusan

3.   Kemahiran

4.   Kekuatan kewangan terutama untuk modal permulaan

5.   Minat

6.   Jaringan hubungan tempatan dan luar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan