“kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh, orang yang berhasil adalah orang yang mampu melewati seribu kegagalan, sukses tidak datang dari apa yang diberikan oleh orang lain, tapi datang dari keyakinan dan kerja keras kita sendiri, guru terbaik adalah kesalahan terakhir yang kita lakukan”

“Kita selalu lupa jalan pulang, dari mana kita datang,
dimana kita sekarang, kemana kita akan pergi, mengambil yang sementara meninggal yang
kekal, hidup adalah persinggahan dalam menuju ke distinasi yang kekal abadi”

Jumaat, 27 September 2013

Santapan Rohani: Sabar Bab 1


Sabar adalah salah satu daripada akhlak yang diberi perhatian dalam Al-Quran, samada surah Makkaiyyah ataupun Madaniyyah, dalam Quran adalah yang paling banyak disebutkan. Tak kurang dari 70 kali kalimah itu di sebut didalam Al-Quran.

Sabar  adalah ciri keistimewaan kepada manusia, ia lain dari haiwan ataupun malaikat. Haiwan adalah makhluk yang serba kekurangan manakala malaikat pula dengan kesempurnaan.


 Haiwan kehidupan dikuasai oleh syahwat dan memang kejadiannya dijadikan untuk itu, Para malaikat pula dicipta untuk tunduk dan patut kepada ALLah. Manusia pula permulaannya diciptakan sebagai bayi yang serba kekurangan seperti haiwan. Manusia mengalami pelbagai proses kehidupan dan dibekal akal fikiran, sehingga usia meningkat sehingga ketahap baligh, dari sinilah bermulanya tanggong jawab keatas dirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan