“kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh, orang yang berhasil adalah orang yang mampu melewati seribu kegagalan, sukses tidak datang dari apa yang diberikan oleh orang lain, tapi datang dari keyakinan dan kerja keras kita sendiri, guru terbaik adalah kesalahan terakhir yang kita lakukan”

“Kita selalu lupa jalan pulang, dari mana kita datang,
dimana kita sekarang, kemana kita akan pergi, mengambil yang sementara meninggal yang
kekal, hidup adalah persinggahan dalam menuju ke distinasi yang kekal abadi”

Sabtu, 28 September 2013

Menjadi Usahawan Bab 5

Punca Masalah Usahawan Siri Pertama
 
Sepertimana yang telah kita sedia maklum dan faham bahawa Rusullah s.a.w berada bermaksud

 
Maknanya 9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan atau keusahawan, tetapi kenapa kita melihat ramai juga usahawan yang tidak berjaya
 
 
1.   INGKAR
Iaitu ingkar perintah ALLah, ingkar nasihat pasangan, nasihat orang tua-tua, nasihat orang yang lebih berpengalaman. Ini merupakan masalah utama . muhasabah diri, nilai diri masing-masing , adakah anda menghadapi masalah ini? Jika tidak, apa pun petua yang akan dikemukakan nanti langsung tidak ada kesan, KALAU KITA MASIH INGKAR TERHADAP PERINTAH ALLAH.

2.   JAHIL

 
Jahil maksudnya, tidak ada ilmu dalam selok-belok perniagaan, tidak tahu teknik dan kaedah berniaga, tidak mahu berlajar, tidak bertanya, tidak mahu berbincang dan tidak mahu mengikuti jejak langkah orang yang telah berjaya dalam perniagaan. Maksudnya, walaupun sedar kita tidak tahu tapi masih tidak bertanya dan tidak mahu belajar.

3.   BODOH SOMBONG

 

Orang yang bodoh sombong lebih teruk daripada orang jahil. Bukan sahaja tak mahu bertanya, malah apabila ditegur atau apabila orang lain memberi pandangan, dia marah, kecil hati, ambil hati dan sombong, tak mahu menerima pandangan orang lain, walaupun pandangan itu elok untuk dirinya

4.   TIDAK BERAMAL DENGAN ILMU

 
Ada orang yang sudah mendengar nasihat atau sudah ada ilmu tetapi masih lagi tidak beramal dengan pengetahuan itu. Kalau beramal pun masih tidak istiqamah ( tetap, berterusan )

5.   MATLAMAT TIDAK MURNI

Ada orang melangkah  masuk ke dunia perniagaan dengan hasrat yang tidak murni. Antaranya

*     Merancang untuk menipu

*     Membalas dendam kepada pensaing

*     Membelanjakan modal atau pelaburan yang diamanahkan.

*     Mengambil kesempatan atas kelemahan dan kemiskinan orang lain.

*     Membolot kekayaan sendiri

*     Menapat faedah dan manfaat diri sendiri

*     Menjadikan perniagaan hanya sebagai batu loncatan

*     Menyalahgunakan kemudahan dan geran daripada kerajaan

*     Menindas golongan lemah dan teraniaya

6.   MATLAMAT TIDAK JELAS

Ada pula orang yang memasuki dunia perniagaan dengan matlamat yang samar-samar. Dia tidak jelas dengan skop yang diperniagakan. Kecintaannya bukan pada perniagaan. Orang begini selalunya:

*     Berniaga kerana terpaksa

*     Mewarisi perniagaan keluarga, bukan perniagaan sendiri

*     Membantu perniagaan suami atau isteri separuh hati

*     Bekerja untuk gaji semata-mata

*     Lemah minda dan tidak mampu mengikuti perkembangan perniagaan kontemporari

*     Tidak mampu membakar semangat diri sendiri

 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan